Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Bagi yang biasa melawat blog ini pasti terperanjat kerana perubahan 100% yang dilihat. Mungkin juga ada yang semak samada alamat URL yang dimasukkan adalah betul atau tidak. Jangan risau...! Anda semua berada di laman blog yang betul tetapi telah melalui perubahan maksima. Perubahan yang berlaku ini adalah diatas sambutan yang saya dapati agak hambar bagi topik-topik berkenaan kesihatan. Jadi saya mengambil keputusan untuk menukar seluruhnya blog ini kepada suatu perkara yang kini didapati tidak begitu diambil berat dan diperlekehkan. ISLAM...!
Tidak dapat dipastikan samada pembangunan teknologi dan pembangunan atau taraf hidup yang semakin moden menyebabkan kita tertinggal dalam isu keagamaan. Mungkin juga kerana perubahan cara hidup yang lebih tertekan dan pantas membuatkan kita tidak begitu menghiraukan hal-hal yang berkenaan keagamaan. Tetapi perlu diambil perhatian bahawa TIDAK ADA ALASAN untuk kita menperlengahkan atau meninggalkan ibadah yang sepatutnya kita lakukan sebagai hamba ALLAH.
Rukun ISLAM yang lima itu wajib kita laksanakan disamping ibadah-ibadah yang lain yang akan menentukan dimana berakhirnya tempat persinggahan kita selepas Hari Kebangkitan dan Pengadilan. Kita amat risau akan keputusan peperiksaan akademik kita atau anak-anak, risau untuk mendapatkan segulung ijazah, risau pada ada atau tidaknya bonus dan kenaikan gaji, risau pada keputusan perlawanan sesuatu pertandingan, risau sekiranya terlambat untuk menonton sesuatu rancangan di kaca tv. Pernahkan kita risau bahawa kita sudah terlepas waktu sesuatu solat fardhu, risau berapa banyak dosa kita yang belum terhapus, risau apakah keadaan kita di alam barzakh dan yang perlu paling dirisaukan, dimanakah kedudukan kita pada perhatian ALLAH...??!!!
Oleh itu, untuk memperingati dan memantapkan diri sendiri dan saudara/saudari sekalian; saya kembali ke dunia blog dengan semangat dan harapan baru. Untuk bersama-sama berkongsi maklumat-maklumat, perkara-perkara, kisah-kisah dan apa saja yang mampu untuk kita kembalikan rasa cintanya kita semua kepada ISLAM. Saya hanya seorang hamba ALLAH yang hina dan kerdil. Saya bukan penyelidik, bukan ahli Hafiz, bukan ustaz, bukan bijak pandai agama, bukan bekas pelajar sekolah agama, bukan berguru dengan mana-mana ustaz. Saya hanya seorang insan yang suka membaca buku-buku agama sejak kecil hasil dorongan dan perkongsian ahli-ahli keluarga dan saudara mara. Saya akan berkongsi perkara-perkara yang pernah saya baca dan mengaji sepanjang perjalanan hidup ini. InsyaAllah saya akan cuba pastikan kesahihan perkara yang akan saya kongsikan.
Saya amat mengharap kerjasama dan jasa baik semua yang melawat blog ini untuk menyuarakan kesilapan yang mungkin terdapat di ruangan ini. Saya juga mengharapkan perkongsian maklumat dan perbincangan sihat dapat dilakukan bagi kesejahteraan semua. Semoga terdapat sekurang-kurangnya sedikit hasil dari usaha yang kecil ini.
Semoga ALLAH SWT memberkati dan merahmati permulaan laman yang tidak seberapa ini dan memanjangkan isi-isinya, InsyaAllah. Yang baik hanya dari ALLAH, yang cacat dan cela adalah dari saya sendiri. Semoga kita semua akan sentiasa dibawah perlindungan yang Maha Melindungi.
Wabillahi taufiq walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Hamba Allah
Berpegang pada tali yang SATU.