Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Segala puji dan syukur hanyalah selayaknya kepada ALLAH SWT, tuhan yang telah mencipta manusia dengan sebaik kejadian, dilengkapi dengan akal fikiran dan peraturan hidup yang sempurna untuk memandu kehidupan di atas muka bumi ini agar sentiasa berada di landasan yang benar
Selawat dan salam ke atas junjungan besar RASULULLAH SAW, penghulu sekalian rasul, keluarga baginda, para sahabat baginda, tabiin, tabiut tabiin dan para salafus soleh yang telah merealisasikan peraturan hidup ALLAH itulah yang terbaik, sehingga merakamkan suatu sejarah tamadun dan peradaban gemilang yang tiada tolok bandinganya hingga akhir zaman.
Sesungguhnya ALLAH SWT membuka seluasnya pintu-pintu langit sepanjang bulan Ramadhan sebagai tanda kasih dan sayang pada kita hambaNya. ALLAH menghulurkan rahmat, berkat, keampunan dan darjat yang tinggi bagi mereka-mereka yang mengabdikan diri padaNya sepanjang Ramadhan. Berlipat kali ganda ganjaran ditawarkan untum segala bentuk ibadah samada fardhu atau sunat. Mari kita kupas ibadah-ibadah yang wajib dan sunat dilakukan sepanjang Ramadhan.
Puasa
Puasa adalah salah satu dari rukun ISLAM yang lima. Puasa adalah wajib bagi semua umat ISLAM samada lelaki atau wanita. Dalil yang mewajibkan puasa seperti yang telah dinyatakan pada artikel yang sebelumnya, ALLAH SWT berfirman di dalam AL-QURAN yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.”
(Surah al-Baqarah: 183)
Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhary bahawa RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:
"ISLAM itu didirikan atas lima sendi; Persaksian bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan MUHAMMAD itu pseuruhNya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa di dalam bulan Ramadhan."
RASULLAH SAW juga bersabda yang bermaksud:
"Puasalah kamu jika telah melihat bulan dan berbukalah kamu jika nampak anak bulan
ALLAHU AKBAR, Wallahu'alam bissawab.
Hamba Allah
Berpegang Pada Tali Yang SATU

No comments:
Post a Comment