Kelebihan Membaca Tahlil, Membaca Tasbih Dan Berdoa.


Dirawayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya ALLAH SWT Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh ALLAH SWT Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit.

Baginda bersabda: ALLAH SWT bertanya para malaikat sedangkan ALLAH SWT mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu. ALLAH SWT berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dari-Mu. ALLAH SWT berfirman: Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. ALLAH SWT berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Syurga-Ku?

Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan. ALLAH SWT berfirman: Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan. ALLAH SWT berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. ALLAH SWT berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Neraka-Ku.

Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunan-Mu. ALLAH SWT berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.

Para Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: ALLAH SWT berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan."


Dirawayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ dalam sehari sebanyak seratus kali, nescaya dia mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba. Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik daripadanya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak daripadanya. Manakala mereka yang berkata: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ dalam sehari sebanyak seratus kali nescaya terhapuslah segala dosanya sekalipun dosanya itu banyak seperti buih di lautan."

Dirawayatkan oleh Abu Ayyub Al-Ansariy R.A bahawa RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ sebanyak sepuluh kali dalam sehari, nescaya dia mendapat ganjaran sebagaimana dia memerdekakan empat orang hamba dari putera Nabi Ismail."

Dirawayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيمِ

Dirawayatkan oleh Abu Musa R.A, "Ketika kami bersama RASULULLAH SAW dalam satu perjalanan, para sahabat bertakbir dengan suara yang cukup kuat lalu Baginda bersabda: Wahai umatku! Perlahankanlah suara kamu. Sesungguhnya kamu bukannya berdoa kepada mereka yang buta ataupun ghaib, akan tetapi kamu sedang berdoa kepada yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat dan Dia bersama kamu. Abdullah bin Qais berkata: Ketika itu aku berada di belakang baginda sambil menyebut لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ lantas baginda bersabda: Wahai Abdullah bin Qais! Inginkah kamu aku tunjukkan sebuah gedung Syurga? Aku menjawab: Tentu sekali, wahai RASULULLAH SAW. Baginda bersabda: Sebutlah لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ


Hamba Allah
Berpegang Pada Tali Yang SATU

No comments:

Post a Comment