Message For Those Who Hate Islam



Hamba Allah
Berpegang pada tali yang SATU

Pendahuluan

DEFINISI HADIS

Hadis ialah perkataan bahasa Arab yang membawa maksud baharu atau lawan bagi lama.

Hadis dari segi istilah para sarjana hadis bermaksud: Sesuatu yang disandarkan kepada RASULULLAH SAW sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau pengakuan (taqrir) atau sifat-sifat beliau sama ada sifiat-sifat fizikal atau sifat-sifat peribadi.

Oleh yang demikian, boleh kita nyatakan bahawa hadis merangkumi lima aspek iaitu:

i) PERKATAAN: Kata-kata yang disebut oleh RASULULLAH SAW seperti:

"Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi)

ii) PERBUATAN: Perbuatan-perbuatan RASULULLAH SAW yang diceritakan oleh para sahabat dan mereka yang hidup di zaman Nabi. Contohnya seperti yang dinyatakan oleh isteri RASULULLAH SAW, 'Aisyah RA:

"Nabi RASULULLAH SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat empat rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat sebelum Subuh."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

iii) TAQRIR: Sesuatu percakapan atau perbuatan yang dilakukan oleh para sahabat dan RASULULLAH SAW hanya mendiamkan diri dan tidak mengingkarinya. Maka tindakan RASULULLAH SAW yang berdiam diri dan tidak menghalang tersebut merupakan suatu pengakuan dan pengiktirafan daripada beliau.

ia adalah suatu yang disyariatkan kerana RASULULLAH SAW tidak akan berdiam dalam perkara-perkara yang dilarang. Contohnya, pengakuan beliau kepada sahabat yang memakan daging dhab seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari; pengiktirafannya terhadap perbuatan pemuda Habsyah yang bermain di dalam masjid seperti riwayat al-Bukhari dan lain-lain lagi.

iv) SIFAT-SIFAT FIZIKAl: Perkara seperti ini diceritakan oleh para sahabat RASULULLAH SAW yang menyatakan beliau adalah seorang yang mempunyai paras rupa yang elok, baik penciptaan; tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.

v) SIFAT-SIFAT PERIBADI: iaitu hadis yang menceritakan akhlak RASULULLAH SAW. Contohnya seperti yang dikatakan oleh Abu Hurairah RA bahawa RASULULLAH SAW tidak pernah sekali mencela makanan, jika suka baginda akan makan dan jika tidak suka beliau meninggalkannya.

Menurut majoriti para sarjana hadis, definisi hadis yang dinyatakan ini adalh sama dengan definisi sunnah.


PEMBAHAGIAN HADIS SECARA UMUM

Secara umumnya hadis boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu hadis yang boleh diterima (hadis maqbul) dan hadis yang tertolak (hadis mardud). Dibawah kategori Hadis Maqbul terdapat dua jenis hadis iaitu hadis sahih dan hadis hasan. Kedua jenis hadis ini juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu hadis sahih lizatihi, haids sahih lighairihi, hadis hazan lizatihi dan hadis hasan lighairihi.

Di bawah kategori Hadis Mardud terdapat hadis daif (lemah). Hadis daif ini terbahagi kepada banyak jenis hadis. Antara jenis hadis daif yang paling teruk ialah hadis palsu (maudu').


DEFINISI SANAD DAN MATAN


Sanad dari sudut bahasa bermaksud sesuatu yang disandarkan kepadanya sesuatu yang lain atau disebut tempat sandaran atau bergantung. Dari sudut istilah para sarjana hadis, sanad bermaksud rangkaian para pelapor (perawi) hadis yang bersambung sehingga ke sis kandungan (matan) hadis.

Matan dari sudut bahasa Arab bermaksud sesuatu yang keras dan tinggi dari permukaan bumi. Dari sudut pandangan sarjana hadis, matan bermaksud suatu yang ada selepas daripada sanad. Dalam simpulan yang mudah, sanad adalah isi kandungan atau teks hadis yang biasanya terletak selepas nama pelapor terkhir dalam suatu hadis.

Gambarajah dibawah menunjukkan pembahagian hadis secara umum.
Pembahagian Hadis

InsyaAllah kita akan kupas satu persatu jenis hadis seperti yang dinyatakan pada posting yang akan datang. ALLAHU AKBAR, Wallahu'alam bissawab.

Hamba Allah
Berpegang pada tali yang SATU

* Rujukan:
• 40 Hadis Palsu Popular nukilan Abd. Razak Muthalib
• www.google.com - Search Engine
• Minda Tajdid - http://drmaza.com/home

Bicara Hadis

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji dan syukur hanyalah selayaknya kepada ALLAH SWT, tuhan yang telah mencipta manusia dengan sebaik kejadian, dilengkapi dengan akal fikiran dan peraturan hidup yang sempurna untuk memandu kehidupan di atas muka bumi ini agar sentiasa berada di landasan yang benar

Selawat dan salam ke atas junjungan besar RASULULLAH SAW, penghulu sekalian rasul, keluarga baginda, para sahabat baginda, tabiin, tabiut tabiin dan para salafus soleh yang telah merealisasikan peraturan hidup ALLAH itulah yang terbaik, sehingga merakamkan suatu sejarah tamadun dan peradaban gemilang yang tiada tolok bandinganya hingga akhir zaman.

Tujuan dan sebab utama saya memulakan kategori "Bicara Hadis" ini adalah bertujuan untuk membuka ruang untuk kita mengenalipasti dan memastikan agar hadis-hadis yang kita baca, dengar dan ketahui adalah hadis sahih dan mempunyai periwayat yang benar. Seperti kebanyakan umat masa kini, saya juga satu masa dahulu menerima secara terus hadis-hadis yang saya pelajari dari buku-buku dan saya dengar dari orang ramai. Malah saya pernah mengambil langkah mengedarkan risalah-risalah berkenaan hadis-hadis dan amalan-amalan berkenaan ke Masjid dan Surau sekitar kawasan penempatan saya. Niat saya agar jemaah Masjid dan Surau berkenaan dapat sama-sama berkongsi maklumat tersebut.

Namun setelah saya meningkat dewasa dan mula membaca lebih banyak buku dan dengan kemudahan internet dimana begitu luas maklumat yang boleh didapati, saya mula sedar bahawa terdapat begitu banyak hadis lemah dan yang lebih bahaya, hadis palsu. Maka sejak dari saat itu, sebelum saya menceritakan atau menulis artikel, saya akan cuba sedaya upaya untuk pastikan bahawa hadis yang saya sertakan dalam artikel saya adalah hadis yang mempunyai periwayatnya. Walaupun begitu, saya tidak berani mengkelaskan sebarang hadis tersebut sama ada hadis sahih, dhaif ata palsu tanpa membuat kaji selidik. Sekiranya saya mengkelaskan sebarang hadis tersebut, itu adalah pengesahan dari Ulama' yang lebih arif dari bidang Hadis melalui buku-buku nukilan mereka atau laman web mereka.


SIKAP KITA VS SIKAP PARA SAHABAT

Para Sahabat sekalipun pernah hidup di zaman RASULULLAH SAW, mereka tidak mengamalkan sikap bermudah-mudahan dalam mennyampaikan hadis selepas kewafatan baginda. Mereka sangat teliti dan berhati-hati. Berbeza sekali dengan kita pada hari ini, dengar sahaja “RASULULLAH SAW bersabda” atau “RASULULLAH SAW melakukan itu dan ini” terus kita sebarkan siap berserta emoticon senyuman tanpa teliti dan berhati-hati. Mari kita lihat satu contoh sikap berhati-hati para Sahabat apabila berinteraksi dengan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata: Aku (Sa’id al-Khudri) sedang menghadiri majlis yang diadakan oleh kaum Ansar, kemudian Abu Musa datang mendekatiku, dia berkata:

Aku (Abu Musa) telah mengucapkan salam tiga kali di hadapan pintu rumah Umar RA namun tidak mendapati jawapan, lalu aku pun pulang, kemudian aku ditanya orang: “Mengapa engkau pulang?” Aku telah mengucapkan salam tiga kali namun tidak mendapati jawapan, oleh sebab itu aku harus pulang, sebagaimana sabda RASULULLAH SAW:

“Apabila kamu mengucapkan salam sebanyak tiga kali dan tidak mendapat jawapan maka hendaklah kamu pulang”

Abu Sa’id berkata: Demi ALLAH engkau telah mengeluarkan satu penjelasan, adakah diantara kamu sekalian yang pernah mendengarkan apa yang telah didengar oleh Abu Musa daripada RASULULLAH SAW? Lalu Ubay bin Ka’ab berkata: Demi ALLAH tidak ada yang turut mendengarnya melainkan orang yang lebih muda diantara kami dan aku adalah orangnya, aku bersamanya semasa itu dan aku juga telah mengkhabarkan kepada Umar RA bahawa bahawa RASULULLAH SAW bersabda sedemikian. [Sahih al-Bukhari – no: 5891]

Para Sahabat takut menjadi orang yang banyak meriwayatkan hadis dikhuatiri mereka terjerumus ke dalam kesilapan dan kesalahan, hingga akhirnya membawa mereka untuk berdusta ke atas RASULULLAH SAW, suatu perbuatan yang amat tercela dan mendapat ancaman yang sangat buruk daripada RASULULLAH SAW. [Manna’ Khalil al-Qathan, Mabahats Ulumul Hadis (Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadis), ms. 66]

Ancaman yang dimaksudkan itu adalah sabda RASULULLAH SAW yang bermaksud:

"Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka." [Sahih Muslim – no: 3]


BERDIAM DIRI LEBIH BAIK

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

"Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar." [Sahih Muslim - hadis no: 5]

Sekiranya kita tidak pasti apabila menerima suatu hadis, kita ada tiga pilihan:

[1] Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.

[2] Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis .

[3] Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua perkara diatas sehinggalah telah jelas hujah bahawa ianya sahih dan selamat disebarkan.

Contohilah sahabat yang begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis kerana khuatir terjerumus dalam ancaman RASULULLAH SAW. Ingatlah Firman ALLAH SWT:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُول

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." [al-Isra’ 17:36]


Hamba Allah
Berpegang pada tali yang SATU

* Rujukan:

• al-Quranul Karim
• www.google.com - Search Engine
• http://aim9093.blogspot.com

Pengertian Sya'ban

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji dan syukur hanyalah selayaknya kepada ALLAH SWT, tuhan yang telah mencipta manusia dengan sebaik kejadian, dilengkapi dengan akal fikiran dan peraturan hidup yang sempurna untuk memandu kehidupan di atas muka bumi ini agar sentiasa berada di landasan yang benar

Selawat dan salam ke atas junjungan besar RASULULLAH SAW, penghulu sekalian rasul, keluarga baginda, para sahabat baginda, tabiin, tabiut tabiin dan para salafus soleh yang telah merealisasikan peraturan hidup ALLAH itulah yang terbaik, sehingga merakamkan suatu sejarah tamadun dan peradaban gemilang yang tiada tolok bandinganya hingga akhir zaman.

Kita kini meniti dipenghujung bulan Rejab dan saya memohon kemaafan kerana tidak sempat menyiapkan nukilan berkenaan amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi mengimarahkan Rejab. InsyaAllah akan saya kemaskini di lain kesempatan. Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan satu lagi bulan akan akan kita sambut kehadirannya dalam beberapa hari saja lagi menyambung urutan bulan-bulan mulia. Sya'ban, begitulah nama tetamu yang akan bertandang setelah selesai Rejab, InsyaAllah. Seperti yang saya sebutkan pada nukilan sebelum ini, dimana Rejab adalah permulaan perjalanan dalam proses penyucian jiwa; maka Sya'ban pula adalah pertengahan perjalanan dimana kita akan mulakan proses pengisian jiwa.

Sya'ban merupakan bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah dan membawa maksud 'berserak-serak' atau 'berpecah'. Dinamakan sedemikian kerana pada bulan Sya'ban, kaum Arab akan berserak dan berpecah secara berkumpulan mencari air untuk simpanan menghadapi bulan Ramadhan (sila rujuk artikel bertajuk 'Pengertian Ramadhan'). Tentu kita sering mendengar atau terbaca hadis berikut apabila tiba bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan, dimana dikatakan kononnya bahawa RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

“Rejab bulan ALLAH, Sya`ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”

Sedarkah anda bahawa hadis ini adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu...??!!! Maka apabila membicarakan tentang sesuatu hadis, maka sewajarnya kita merujuk kepada riwayat-riwayat yang sahih dan yang diterima oleh para ulama' agar kita tidak termasuk dalam golongan 'pak turut' yang hanya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sedangkan Islam itu sendiri adalah agama ilmu, maka sewajarnyalah apa yang hendak dilakukan mestilah berteraskan kepada ilmu.

Kembali kita pada sahabat kita iaitu Sya'ban, terdapat beberapa peristiwa bersejarah penting dalam aliran perkembangan Islam yang terjadi di sepanjang bulan Sya'ban. Seperti biasa, mari kita hayati peristiwa-peristiwa tersebut, InsyaAllah.

1. Pertukaran Arah Kiblat

Peristiwa paling penting yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah di bulan Sya'ban adalah apabila turunnya arahan dari ALLAH SWT untuk peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah yakni daripada Masjid al-Aqsa ke Masjidil Haram. Golongan Abu Anbiya’ iaitu Nabi Ibrahim yang merupakan asal keturunan Ahli Kitab khususnya orang-orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah RASULULLAH SAW. Lalu ALLAH SWT mewahyukan ayat 142 Surah al-Baqarah yang mengejek golongan tersebut yang bermaksud:

"Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: "Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya". Katakanlah: "Kepunyaan ALLAH timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus".

Akan kita bincangkan secara lanjut mengenai peralihan arah kiblat ini di masa akan datang.

2. Beberapa Peristiwa Peperangan

Terdapat banyak nukilan dan blog yang menyenaraikan beberapa peristiwa peperangan yang berlaku di zaman RASULULLAH SAW pada bulan Sya'ban. Antaranya perang Dzat al-Riqa' serta Perang Bani al-Mustalaq. Namun terdapat percanggahan pendapat serta percanggahan waktu berlakunya peperangan ini disepanjang penelitian saya. Maka tidak dapat saya tetapkan disini bahawa peristiwa peperangan yang dinyatakan adalah berlaku di bulan Sya'ban. InsyaAllah akan saya kaji perkara dengan ini lebih mendalam dan akan saya nukilkan di tajuk yang lain.

3. Malam Nisfu Sya'ban

Satu lagi peristiwa yang mengundang kontroversi dikalangan umat Islam mengenai amalan-amalan menghidupkan malam Nisfu Sya'ban atau juga dikenali sebagai malam Lailatul Baraqah. Akan saya lanjutkan perbincangan mengenai malam Nisfu Sya'ban ini di ruangan 'Peristiwa Bersejarah' dalam waktu terdekat, InsyaAllah.

Ya Saudara serta Saudari yang dikasihi, Rejab akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi. Marilah kita bersama-sama menghisab akan amalan-amalan yang telah kita laksanakan selama ini. Dan akan saya berusaha untuk mengemaskini berkenaan amalan-amalan yang digalakkan perlaksanakan sepanjang Sya'ban. InsyaAllah saya akan cuba untuk tidak mengulangi kelewatan seperti yang berlaku pada artikel Pengertian Rejab.

ALLAHU AKBAR, Wallahu'alam bissawab.


Hamba Allah
Berpegang pada tali yang SATU

* Rujukan:

• al-Quranul Karim
• http://ustazshauqi.blogspot.com
• http://mencariredhailahi.blogspot.com
• Kelebihan Bulan Dan Hari Serta Amalan Wirid Dan Doa nukilan Abul Khairy As-Latifi terbitan Darul Nu'man
• Rahsia & Amalan Bulan Islam nukilan Kasmuri Selamat Ma terbitan Darul Nu'man

Pengertian Rejab

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji dan syukur hanyalah selayaknya kepada ALLAH SWT, tuhan yang telah mencipta manusia dengan sebaik kejadian, dilengkapi dengan akal fikiran dan peraturan hidup yang sempurna untuk memandu kehidupan di atas muka bumi ini agar sentiasa berada di landasan yang benar

Selawat dan salam ke atas junjungan besar RASULULLAH SAW, penghulu sekalian rasul, keluarga baginda, para sahabat baginda, tabiin, tabiut tabiin dan para salafus soleh yang telah merealisasikan peraturan hidup ALLAH itulah yang terbaik, sehingga merakamkan suatu sejarah tamadun dan peradaban gemilang yang tiada tolok bandinganya hingga akhir zaman.

Agak lama saya tidak mengemaskini laman ini. Kali ini saya ingin dekatkan saudara dan saudari untuk berkenalan dengan sahabat yang mengakhiri urutan bulan-bulan Haram (diharamkan peperangan) serta mendahului urutan bulan-bulan mulia yang sentiasa kita nantikan iaitu Rejab.

Firman ALLAH SWT dalam surah at-Taubah ayat ke 36-37 yang bermaksud:

"Sesungguhnya bilangan bulan disisi ALLAH adalah dua belas bulan didalam ketetapan ALLAH di waktu Dia menjadikan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu didalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya dan ketahuilah bahawasanya ALLAH beserta orang-orang yang berta'wa."

Biasanya kita hanya mementingkan malam 27 Rejab dan membiarkan keseluruhan bulan tersebut. Kenapa..??? Mungkin kerana kita tidak begitu mengenali Rejab. Oleh itu, mari kita sama-sama mengenal Rejab, permulaan perjalanan dalam proses penyucian jiwa.

Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Rejab dari segi bahasa bermaksud ‘mulia’. Juga dari kalimah tarjib bermaksud kemuliaan atau keagungan. Dikatakan juga kalimah rejab itu diambil dari perkataan arab “aku memuliakannya dengan penuh kemuliaan”. Terdapat hampir empat belas nama bagi Rejab antaranya:

Rejab al-Mudhar - merujuk kepada qabilah Mudhar dari suku bangsa Quraisy. Golongan ini amat memuliakan bulan rejab dengan pelbagai acara ibadat.
(Ibn Hajar al-Asqalani, Lisan al-Mizan, 1986, Cetakan ke-3, Muassasah al-A’lami : Beirut, hlm 71-72 juz 4 no ind: 213)

Rejab al-Mudhir - bermaksud memudharatkan. Iaitu persengketaan dan pertempuran senjata tidak atau jarang kedengaran berlaku kerana kemudharatan berperang pada bulan berkenaan.
(al-Qurtubi, Jami’ lil Ahkam al-Qur’an, 1372H, Cetakan ke 2, Dar al-Sya`ab : Qaherah, hlm 326 juz 6)

Rejab Mansil al-Asinnah - bermaksud bulan perdamaian atau gencatan senjata. Lazimnya, bangsa arab jahiliah yang berbalah, berdendam, berperang dan berbunuh-bunuhan akan meletakkan senjata mereka sempena kedatangan bulan rejab yang mulia.
(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, 1987, Cetakan ke 3, Dar Ibn Katsier, hlm 1591 juz 4)

Rejab al-‘Ashom - bermaksud bulan kebisuan. Iaitu satu bulan yang tidak kedengaran kemurkaan Allah yang besar kepada umat manusia pada bulan ini. Bahkan dalam masa yang sama, Allah menghapuskan kejahatan, kesyirikan dan kesengsaraan hambaNya. Hal ini selari dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ibrahim al-Nakha’ie rhm berbunyi : Sesungguhnya Rejab itu adalah bulan Allah.
(Abd al-Qader al-al-Jaylani, al-Ghunyah li Thalib Thariq al-Haq Azza WaJalla, 1996-1416H, Maktabah Usamah bin Zayd, Halab : Syiria, hlm 230)

Rejab al-Muthahhir - bermaksud bulan penyucian. Iaitu menyucikan dosa hamba-hambaNya daripada salah silap dosa dan noda. Terutamanya dosa mereka yang melakukan ibadat puasa. Imam Hibbatullah bin al-Mubarak al-Saqathi meriwayatkan dengan isnadnya daripada al-A’masy daripada Ibrahim daripada Alqamah daripada Abu Sa’id al-Khudri rhm bahawa Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. Rejab dikenali dengan al-Ashom. Dan tiga bulan haram yang berturutan (Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram). Rejab itu bulan Allah, Syaa’ban bulanku dan ramadhan bulan umatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di bulan rejab dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah nescaya dia akan mendapat keredhaan Allah yang besar..”
(ibid, hlm 231)

Selamat berkenalan dengan Rejab. Terdapat beberapa kisah dan peristiwa yang terjadi sepanjang bulan Rejab. Mari kita bincangkan peristiwa-peristiwa bersejarah tersebut, InsyaAllah.

1. Hijrah Pertama

Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada RASULULLAH SAW dan mereka yang beriman kepada RASULULLAH SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada RASULULLAH SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu RASULULLAH SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah (Ethiopia).

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak RASULULLAH SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mu'jizat dari ALLAH SWT bagi RASULULLAH SAW yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya RASULULLAH SAW sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh ALLAH SWT untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan ALLAH SWT kepada RASULULLAH SAW.

Dalam perjalanan Isra' mahupun Mi'raj seperti dinyatakan dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan' karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), RASULULLAH SAW didampingi Malaikat JIBRIL AS dan MIKAIL AS menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi RASULULLAH SAW serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

• RASULULLAH SAW memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat JIBRIL AS menyuruh baginda melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak RASULULLAH SAW akan berhijrah ke kota ini, di Thur Sina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi MUSA AS, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi ISA AS putera MARYAM AS.

• JIBRIL ASjuga mengajari RASULULLAH SAW bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca RASULULLAH SAW.

• Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan ALLAH SWT.

• Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang kejam dan yang suka memburuk-burukan orang lain.

• Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, muncul bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat RASULULLAH SAW serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan RASULULLAH SAW sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mi'raj banyak pula hal yang dialami oleh RASULULLAH SAW. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Terjadinya peristiwa Isra' dan Mi'raj seperti yang telah kita fahami adalah pada malam 27 Rejab. Namun tahukah anda bahawa tiada hadis sahih yang menyatakan bila sebenarnya terjadi peristiwa Isra' dan Mi'raj ini. Terdapat khilaf (perselisihan) diantara ulama' berkenaan bilakah terjadinya Isra' dan Mi'raj.

Ada yang berpendapat peristiwa ini berlaku sebelum RASULULLAH SAW menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama' berpendapat Isra' dan Mi'raj berlaku selepas RASULULLAH SAW menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan RASULULLAH SAW sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana RASULULLAH SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Namun pada tahun 1967 bersamaan 1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RA

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

InsyaAllah akan kita kupaskan berkenaan peristiwa-peristiwa ini dimasa akan datang. Buat masa ini, renungkan pengertian Rejab dan peristiwa-peristiwa penting tersebut. InsyaAllah akan kita bincangkan amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi mengimarahkan Rejab, InsyaAllah.


Hamba Allah
Berpegang pada tali yang SATU

* Artikel diatas dinukilkan oleh saya serta diolah dari beberapa rujukan seperti tersenarai:

• http://noradila.tripod.com/id122.html
• http://hardymanm.blogspot.com
• Artikel terbitan Unit Pendidikan Islam & Unit ICT/ Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Jasin
• Kelebihan Bulan Dan Hari Serta Amalan Wirid Dan Doa nukilan Abul Khairy As-Latifi terbitan Darul Nu'man
• Rahsia & Amalan Bulan Islam nukilan Kasmuri Selamat Ma terbitan Darul Nu'man

Doa Muhasabah





اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا

"Ya ALLAH, hisablah aku dengan sebaik-baik penghisaban."




Aminn Ya Rabbal 'alamin....


Rekod Jakim: Setiap 15 minit satu pasangan bercerai.


PUTRAJAYA 3 Mac – Purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009.

Menurut beliau, statistik perceraian itu terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

‘‘Masalah ini mungkin disebabkan peredaran masa yang memaksa mana-mana pasangan mengambil jalan mudah menamatkan ikatan perkahwinan mereka.

‘‘Oleh itu, Jakim akan meningkatkan usaha menyedarkan masyarakat mengenai kebaikan memelihara kerukunan rumah tangga dan mengelakkan penceraian,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan seminar sempena sambutan Maulidur Rasul yang bertajuk Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha.

Seminar tersebut dihadiri 1,500 kakitangan kerajaan dengan menampilkan dua ahli panel terkemuka iaitu pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Datuk Dr. Fatma Zahrah Mohd. Ramadan.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, Jakim melaksanakan pelbagai program untuk memantapkan institusi kekeluargaan selain membina keluarga bahagia.

Katanya, program tersebut bertujuan menimbulkan kesedaran kepada setiap pasangan yang berkahwin selain menerangkan peranan sebenar sebagai suami, isteri, ibu dan bapa.

Beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri.

Dalam pada itu, katanya, mereka juga harus bersedia menanggung beban tugas dengan penambahan anak, beban membayar hutang, membeli kenderaan dan menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Sementara itu, katanya, perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak hingga banyak gejala sosial berpunca daripada keluarga yang kucar-kacir.


ALLAHU AKBAR, Wallahu'alam bissawab.

Hamba Allah
Berpegang Pada Tali Yang SATU

* Sumber dari laman Utusan Malaysia<--Klik untuk ke laman tersebut.

Ubat Hati







Penulis: Siti Nor Bahyah Mahamood / Ida Ezyani Othman
Diterbitkan Oleh: Telaga Biru Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Haji Waharp Yusoff
Editor Urusan: Haji Muhammad Zakaria
Konsultan Syariah: Al-Ustaz Haji Zahazan Mohamed
Editor: Idrus Jamhari
Reka Bentuk Kulit: Yosh
Fotografi: Yosh
Ilustrasi: Athool
Pruf: Mahfuzah Omar
Pemasaran: Muhammad Yaacob & Telaga Biru Sales Team
Promosi: Sani Jiran
Cetakan Pertama: Oktober 2006


Sinopsis:

Panduan untuk anda seisi keluarga memperbaiki diri bermula dengan membaiki hati. Teks dipermudahkan dalam bentuk byline,flashers, nota ringkas, subtajuk, quotation dan kisah. Gambar foto yang real memberi gambaran bahawa mencuci dan mengubat hati adalah sesuatu yang real dan mudah dicapai. Ilustrasi yang menarik, humorous dan merehatkan pembacaan anda. Gambar rajah, carta, grafik, hiasan dan jadual menerangkan langkah yang lebih mudah difahami dan senang diingat. Ayat al-Quran, hadis dan doa yang amat berguna untuk hafalan dan rujukan.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN BUKU INI?
• Buku ini dijadikan modul alternatif pelajaran tasawuf (akhlak)
• Baca bersama ahli keluarga dan warga pejabat
• Buku ini sesuai dijadikan bahan tarbiah di dalam usrah, tazkirah,
sesi kaunseling dan mesyuarat
• Jadikan foto dan ilustrasi yang positif sebagai model ikutan
• Jadikan foto dan ilustrasi yang negatif sebagai sempadan
• Hafal serta baca doa yang terdapat di dalam buku ini
• Coretkan pengajaran penting kepada anak-anak melalui memo, coretan,
surat, e-mel & SMS
• Hasilkan poster dan tampal di dinding rumah atau pejabat untuk dibaca
oleh anak-anak atau warga pejabat
• Beri nasihat kepada anak-anak dari petikan buku ini
• Beli dan beri hadiah buku ini kepada individu tersayang / istimewa

Armenia Banteras Gejala Punk Rock Emo


YEREVAN, Armenia 28 Dis. - Tindakan beberapa pegawai polis yang memasuki rumah seorang remaja berusia 13 tahun, Marsha dan menggeledah bilik serta memeriksa komputernya bukanlah kerana dia terlibat dalam jenayah berat.

Kesalahan yang dilakukannya hanyalah kerana dia menjadi pengikut setia sebuah kumpulan punk rock dikenali sebagai 'emo' yang mula menjadi budaya baru di kalangan remaja di bekas negara Kesatuan Soviet ini.

"Ia merupakan satu pengalaman yang amat menakutkan," kata Marsha yang merupakan pelajar sekolah di ibu negara Armenia ketika menceritakan tentang pengalamannya disiasat polis.

Polis di Yerevan sedang melancarkan kempen menentang komuniti emo selepas dua kejadian bunuh diri yang dipercayai melibatkan ahli kumpulan berkenaan.

Mereka mendakwa kumpulan itu merupakan ancaman kepada masa depan generasi muda di negara ini.

Sejak itu, polis telah melakukan pemeriksaan di sekolah-sekolah, menyiasat pelajar yang dipercayai pengikut kumpulan emo berdasarkan pakaian mereka serta memasang kamera litar tertutup di kawasan yang menjadi tempat generasi muda berkumpul.

Berpuluh-puluh pengikut emo turut ditahan pihak berkuasa walaupun ada pihak mendakwa undang-undang di negara ini tidak membenarkan polis bertindak menentang genre muzik itu dan pengikutnya.

Dalam satu wawancara dengan akhbar tempatan, Ketua Polis Armenia, Alik Sarkisian berkata, budaya emo boleh 'menghapuskan generasi akan datang' sekali gus merupakan ancaman kepada negara ini.

"Kita perlu menentang budaya ini kerana ia merupakan fenomena yang merosakkan moral remaja di negara ini," katanya.

Emo yang diambil daripada singkatan perkataan 'emosional' itu merupakan sebahagian daripada genre muzik punk rock dan mula dikenali di Amerika Syarikat (AS), sebelum ia menjadi popular di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP

* Sumber dari laman Utusan Malaysia<--Klik untuk ke laman tersebut.
======================================================================

Membaca artikel diatas menarik perhatian saya mengenai tahap penularan budaya tersebut termasuk budaya-budaya barat serta timur yang tidak baik keatas golongan remaja kita di Malaysia. Kita dapat lihat disekeliling kita bagaimana keadaan remaja-remaja kita (yang ditekankan disini adalah yang beragama ISLAM).

Kerajaan Armenia bertindak pantas untuk menghalang penularan budaya emo ini. Sekurang-kurangnya mereka bertindak. Apa pula tindakan yang dilakukan di negara kita? Saya teringat kembali apabila suatu ketika dulu budaya 'punk' membiak dan menguasai golongan remaja di bandar-bandar besar negara kita. Hampir setiap hari perkara tersebut menjadi tajuk berita dan surat khabar. Setelah beberapa hari, kisah tersebut hilang dan terus menjadi sepi namun pada hakikatnya penularannya semakin meningkat. Siapa yang perlu disalahkan? Ibu bapa, guru, kerajaan atau remaja itu sendiri?!!

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

"Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada kaum yang bersyukur."
(al-'Araf : 58)


Negara yang baik memerlukan pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik dapat diwujudkan melalui institusi keluarga yang baik. Peranan ibu bapa disini amat penting. Namun ada juga ibu bapa yang telah menjalankan tanggungjawab mereka namun anak-anak berubah dengan terpengaruh dengan ajakan rakan serta media massa yang agak keterlaluan kini atas alasan memodenkan bangsa.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya RASULULLAH itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan ALLAH, mengharapkan (ganjaran) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati ALLAH."
(al-Ahzab : 21)


Ingatlah wahai saudara dan saudari ku, RASULULLAH SAW adalah sebaik-baik insan yang harus dijadikan contoh dan ikutan. Kita adalah bakal pemimpin dan kita harus memastikan diri kita berada di landasan yang betul sebelum meminta dan mengarahkan orang lain agar bertindak dengan betul.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Dengan rahmat ALLAH kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu."
(Ali Imran : 159)


ALLAHU AKBAR, Wallahu'alam bissawab.

Hamba Allah
Berpegang Pada Tali Yang SATU

Doa Mohon Jodoh & Zuriat Yang Baik



Ya Tuhanku,
Janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan), dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.

Ya Tuhanku,
Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yg daif ini. Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Kerana itu akan menjerumuskan aku kerana kemaksiatan dan kemungkaraan. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman. Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yg Engkau redhai. Dan kurniakan kepada ku keturanan yang soleh lagi solehah.

Aminn Ya Rabbal 'alamin....


*Terima Kasih buat Noor Atiqah diatas perkongsian doa ini. Moga dirahmati dan diberkati sentiasa. InsyaAllah.

Bila ALLAH Menduga Kita







Penulis: Syed Alwi Alatas
Diterbitkan Oleh: Must Read Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Mohd Sharudin Dawam
Editor Urusan: Abdul Kahar Abdul Hamid
Editor: Ainun Ali
Reka Bentuk Kulit: Teratak Karya Creative Studio
Reka Bentuk Dalam: Azliza Mamat
Diedar Oleh: Must Read Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2010
Cetakan Kedua: 2010


Sinopsis:

BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kita harus ingat, setiap saat ALLAH SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana ISLAM sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.

Oleh itu setiap perkara yang datng perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada ALLAH SWT.

Mumia temukan Dr. Maurice dengan Islam


PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

ALLAHU AKBAR, Wallahu'alam bissawab.

Hamba Allah
Berpegang Pada Tali Yang SATU

* Sumber dari laman Utusan Malaysia<--Klik untuk ke laman tersebut. Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Spanish woman claims ownership of the Sun



– Fri Nov 26, 2:08 pm ET

MADRID (AFP) – After billions of years the Sun finally has an owner -- a woman from Spain's soggy region of Galicia said Friday she had registered the star at a local notary public as being her property.

Angeles Duran, 49, told the online edition of daily El Mundo she took the step in September after reading about an American man who had registered himself as the owner of the moon and most planets in our Solar System.

There is an international agreement which states that no country may claim ownership of a planet or star, but it says nothing about individuals, she added.
"There was no snag, I backed my claim legally, I am not stupid, I know the law. I did it but anyone else could have done it, it simply occurred to me first."

The document issued by the notary public declares Duran to be the "owner of the Sun, a star of spectral type G2, located in the centre of the solar system, located at an average distance from Earth of about 149,600,000 kilometres".

Duran, who lives in the town of Salvaterra do Mino, said she now wants to slap a fee on everyone who uses the sun and give half of the proceeds to the Spanish government and 20 percent to the nation's pension fund.

She would dedicate another 10 percent to research, another 10 percent to ending world hunger -- and would keep the remaining 10 percent herself.

"It is time to start doing things the right way, if there is an idea for how to generate income and improve the economy and people's well-being, why not do it?" she asked.

======================================================================

Beginilah sikap manusia apabila telah tinggi nilai keegoan dalam diri apabila dengan lantang dan berani mengakui bahawa diri mereka adalah pemilik objek-objek yang sebenarnya adalah milik mutlak ALLAH SWT.

Berfirman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam dengan siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya, mencipta dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.”
(al-A’raf 7: 54)


Hanya manusia bodoh sombong yang tanpa gusar dan takut pada ALLAH SWT akan mengeluarkan kenyataan sedimikian rupa. Ingatlah, semua makhluk ciptaan ALLAH SWT akan hancur dan akan merasa mati. Malah malaikat penyabut nyawa, IZRAIL AS tidak terlepas dari merasai sakit mati. Oleh itu marilah kita kembali dengan dengan rasa tawadhuq dan takut pada ALLAH SWT, pencipta dan pemilik mutlak keatas semua dilangit dan dibumi.

ALLAHU AKBAR, Wallahu'alam bissawab.


Hamba Allah
Berpegang Pada Tali Yang SATU

Sucikanlah 4 Hal Dengan 4 Perkara




"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, Dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

JIBRIL AS Bersujud Setelah ALLAH SWT Ciptakannya



Diriwayatkan bahawa RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Setelah ALLAH SWT siap menciptakan JIBRIL AS dengan bentuk yang cantik dan ALLAH SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur dan barat (pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu JIBRIL AS memandang dirinya sendiri dan berkata:

Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan mahkluk yang lebih baik daripada aku."

Lalu ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak"

Kemudian JIBRIL AS berdiri serta solat dua raka'at kerana bersyukur kepada ALLAH SWT dan tiap-tiap raka'at lamanya 20,000 tahun. Setelah JIBRIL AS selesai solat, maka ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai JIBRIL, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadahmu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya "MUHAMMAD". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua raka'at yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian JIBRIL AS berkata, "Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?"

Lalu ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

"Ya JIBRIL, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

Kemudian JIBRIL AS memohon izin ALLAH SWT untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah JIBRIL AS mendapat izin maka pergilah ia dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap kali ia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun, terbanglah malaikat JIBRIL AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh dibawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada ALLAH SWT lalu ia berkata dalam sujud: Ya Tuhanku, apakah aku sudah menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya atau seperempatnya?"

Maka ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

Wahai JIBRIL, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu etrbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan samapi kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat MUHAMMAD terhadap imbalan solat dua raka'at yang mereka kerjakan."

ALLAHU AKBAR, Wallahu'alam bissawab.

Hamba Allah
Berpegang Pada Tali Yang SATU

Malaikat Menawarkan Kedudukan Raja Kepada RASULULLAH SAW


Menurut Ibnu Taimiyah dalam kitabnya "Al-Furqan Baina Aulia ir Rahman wa Auliais syaitan", mengatakan bahawa para Nabi itu juga dapat dibahagi kepada dua golongan; pertama "Hamba Rasul" dan kedua "Nabi Raja". Kemudian ALLAH SWT membolehkan RASULULLAH SAW untuk memilih diantara dua golongan tersebut. Maka RASULULLAH SAW memilih untuk menjadi Hamba Rasul.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, "JIBRIL AS dudukdisamping RASULULLAH SAW melihat ke langit, maka ketika itu seorang malaikat turun. JIBRIL AS berkata, "Bahawa malaikat ini tidak pernah turun sejak diciptakan makhluk. Ketika ia telah turun lalu berkata, "Ya RASULULLAH SAW, aku telah diutuskan oleh Tuhanmu kepadamu dan ALLAH SWT berkata menjadikanmu "Nabi Raja" atau "Hamba Rasul". Kemudian JIBRIL AS berkata, "Ya RASULULLAH SAW, tawadhuklah kepada ALLAH SWT!". Maka RASULULLAH SAW menjawab, "Ya, saya 'Hamba Rasul'".

Ada jua seorang Nabi dan langsung menjadi raja seperti Nabi SULAIMAN AS, Nabi DAUD AS dan lain-lain. Nabi Raja mengerjakan apa yang diwajibkan oleh ALLAH SWT kepadanya dan tidak melakukan apa yang diharamkanNYA. Ia menjalankan pemerintahan atau kerajaannya dan membelanjakan harta negara terhadap hal-hal yang dicintai dan diredhai oleh ALLAH SWT. Mereka menghindari dari sesuatu ayng dapat menimbulkan dosa.

Adapun "Hamba Rasul" tidak memberikan sesuatu kepada seseorang kecuali dengan perintah ALLAH SWT. Ia tidak memberikan kepada siapa yang dikehendakinya dan tidak menghalangi kepada siapa yang dikehendakinya, dia hanya memberi dan menghalangi atas perintah ALLAH SWT. Ia menjalankan kewalian atas perintah ALLAH SWT, oleh sebab itu segala amal perbuatannya adalah ibadah.

Dalam Sahih Bukhari dari Abu Hurairah dinyatakan RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku demi ALLAH SWT, aku tidak memberi dan tidak menolak seseorang pun hanya pembagi yang mengerjakan atas perintah ALLAH SWT dan kerana itulah ALLAH SWT menyandarkan harta benda syariat itu kepada ALLAH dan RASUL."

Wallahu'alam bissawab.

Hamba Allah
Berpegang Pada Tali Yang SATU

Ramadhan & Kemerdekaan


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji dan syukur hanyalah selayaknya kepada ALLAH SWT, tuhan yang telah mencipta manusia dengan sebaik kejadian, dilengkapi dengan akal fikiran dan peraturan hidup yang sempurna untuk memandu kehidupan di atas muka bumi ini agar sentiasa berada di landasan yang benar

Selawat dan salam ke atas junjungan besar RASULULLAH SAW, penghulu sekalian rasul, keluarga baginda, para sahabat baginda, tabiin, tabiut tabiin dan para salafus soleh yang telah merealisasikan peraturan hidup ALLAH itulah yang terbaik, sehingga merakamkan suatu sejarah tamadun dan peradaban gemilang yang tiada tolok bandinganya hingga akhir zaman.

Kita kini berada di penghujung 2/3 Ramadhan dan malam ini bermulalah pengiraan 10 malam terakhir Ramadhan. Sejajar dengan itu, malam ini juga merupakan malam bermulanya sambutan hari kemerdekaan negara kita yang dicintai, Malaysia. Tahukah anda bahawa Ramadhan dan kermerdekaan adalah sinonim? Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan kemerdekaan dimana kita memerdekakan diri dari kongkongan nafsu, dimana ALLAH SWT memerdekakan kita dari dosa dan azab Jahannam dan dimana ALLAH SWT memerdekakan ahli-ahli kubur dari seksaan kubur.

Cuba kita tanyakan, apakah yang paling bermakna dalam hidup sahabat RASULULLAH SAW yang bernama Bilal bin Rabbah? Tidak lain dan tidak bukan, ialah ISLAM dan merdeka – mendapat cahaya kebenaran ISLAM dari rasul junjungan RASULULLAH SAW dan kemudian, dimerdekakan oleh Saiyidina Abu Bakar R.A.

Akhirnya, dengan ISLAM dan merdeka itu, Bilal menjadi seorang manusia baru yang berhati waja, bermaruah, tidak dihina dan ditindas lagi. Dengan ISLAM dan merdeka juga, Bilal – pemuda kulit hitam dari Habsyah yang dipandang hodoh serta diejek kaum jahiliah Quraisy – berubah menjadi pejuang ISLAM yang tinggi keyakinan dirinya. Tanpa ISLAM dan merdeka, kita takkan kenal siapa Bilal bin Rabbah.

Begitulah juga dengan kemerdekaan yang dinikmati oleh negara kita sejak 53 tahun lalu. Dari kemerdekaan itu, Tanah Melayu yang sebelum itu dipandang rendah, dihina, ditindas dan ditendang-tendang oleh penjajah, berubah menjadi sebuah negara yang bermaruah, maju dan dipandang tinggi.

Bangsa yang dahulu ditertawa, dipinggirkan ke hulu sungai, kebun dan ceruk hutan, kini menjadi bangsa yang bermaruah, maju dan dipandang tinggi juga. Mampukah kita capai semua ini tanpa kemerdekaan?

Namun, hendak mencapai kemerdekaan bukanlah mudah. Kita terpaksa melalui kesusahan, kezaliman, kekejaman dan berjuang terlebih dahulu. Tentu kita tahu apa yang telah dilakukan oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan pengganas komunis.

Itulah yang dilalui oleh Bilal. Setiap hari dia diseksa, diletakkan batu atas dadanya yang dibaringkan di atas pasir ketika matahari terik di kepala. Hanya keteguhan iman, semangat yang kuat dan daya juang yang tinggi saja yang telah membebaskan Bilal daripada perhambaan.

Begitu juga dengan negara dan bangsa kita. Hanya selepas berjuang hingga terpaksa menumpahkan darah dan air mata, barulah kemerdekaan tercapai.

Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan memang perit, tetapi hasilnya sangat manis. Merayakan kemerdekaan itu tentulah lebih manis lagi dan menyeronokkan, seperti mana yang kita nikmati sekarang.

Demikianlah dengan Ramadhan. Ramadan sebenarnya adalah sebuah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Apakah perjuangannya? Itulah perjuangan untuk menewaskan nafsu – ammarah, lawwamah (selalu menyesali diri), mulhimah, radhiah dan mardhiah.

Nafsu itu dikuasai oleh syaitan. Ia sangat sukar ditundukkan kerana ia terdapat di dalam diri kita yang dikendalikan oleh syaitan.

Di sinilah letaknya perjuangan dalam ibadah puasa di bulan Ramadhan. Nafsu dan syaitan, yang begitu kuat, kejam serta licik itulah yang perlu ditewaskan. Perjuangan itu teramat payah dan memerlukan pengorbanan. Ia juga perlukan 'ubat' yang kuat, iaitu amal ibadah yang ikhlas, siang dan malam, melakukan ibadah-ibadah sunat, banyakkan beristighfar, bertadarus, bertasbih, berselawat serta berzikir, seperti yang disabdakan oleh RASULULLAH SAW yang bermaksud:

“Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah berpuasa pendengaranmu, penglihatanmu, lidahmu daripada dusta dan dosa, dan elakkan meyakiti khadam. Hendaklah kamu hormatinya dan bersikap tenang pada hari puasamu. Jangan kamu samakan hari berpuasa dengan hari tidak berpuasa.”

Selepas berjuang dalam melaksanakan puasa, berjaya memerdekakan diri daripada belenggu nafsu serta hasutan syaitan, imbuhan yang dijanjikan oleh Allah amatlah lumayan. Antaranya:

Sabda RASULULLAH SAW yang bermaksud, “Diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat terdahulu, iaitu bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah, segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya, diampunkan dosa-dosa mereka pada malam lailatulqadar, amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali dan dikurniakan nikmat dan keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Allah di akhirat kelak.”

RASULULLAH SAW juga bersabda yang bermaksud, “Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu, dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar dan sabar itu adalah syurga balasannya. Bulan ini dilebihkan rezeki kepada hamba-Nya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa, barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya.”

Selain itu, RASULULLAH SAW turut bersabda, "Pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan. Setiap orang yang bersolat pada malamnya ditulis baginya tiap satu sujud 1,700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatahkan yaqut merah indah. Orang yang berpuasa awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir Ramadan, dibina baginya tiap-tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunyai 70,000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari.”

Renungkanlah, ALLAH SWT mengurniakan akal kepada Malaikat tetapi tidak nafsu, ALLAH SWT mengurniakan nafsu kepada haiwan tetapi tidak akal. Namun bagi manusia, ALLAH SWT mengurniakan kedua-dua akal dan nafsu. Untuk apa..??!!! Untuk membuat maksiat, berzina, membuang bayi dan mengagungkan manusia yang tidak sepatutnya...??!!! Atau membuat kebaikkan, beramal jariah, membantu mereka yang memerlukan dan sentiasa berfikiran baik. Pilihan ditangan anda. Adakah anda mahu berparti sempena sambutan malam kemerdekaan atau bermuhasabah diri dan beriktikaf di masjid bagi menyambut 10 malam terakhir Ramadhan serta merebut keberkatan Lailatul Qadar??!!!

Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Ke-53. Selamat Hari Lahir MALAYSIA. Dan selamat beriktikaf dan merebut fadhilat Lailatul Qadar.

Wassalam.

Hamba Allah
Berpegang Pada Tali Yang SATU

* sebahagian isi kandungan diatas diolah dari laman web Ummatan Wasatan. Terima kasih diucapkan kepada penulisnya En. Zulkarnain Zakaria.*

Nuzul Al-Quran




Turunnya Al-Quran

Tanggal 17 Ramadhan adalah merupakan hari penting ISLAM yang paling utama, kerana pada hari itulah kitab suci Al-Quran sebagai pedoman bagi umat ISLAM diturunkan. Peristiwa yang bersejarah ini terjadi ketika RASULULLAH SAW sedang berkhalwat (berseorangan) di gua Hira' Jabal Nur, pada saat itu datanglah malaikat JIBRIL A.S lalu memeluk RASULULLAH SAW dengan kuatnya seraya berkata "Bacalah". RASULULLAH SAW menjawab, "Aku tidak pandai membaca." JIBRIL A.S melakukan yang demikian itu sebanyak tiga kali.

Akhirnya JIBRIL A.S membacakan wahyu pertama yang diturunkan kepada RASULULLAH SAW, sedangkan nabi mengikuti apa yang dibaca oleh JIBRIL A.S tersebut. Wahyu pertama ini terdapat dalam surah Al-A'laq ayat 1 hingga 5. Setelah itu JIBRIL A.S pun pergi. Nabi RASULULLAH SAW dengan segera pulang ke rumahnya, dalam keadaan tubuh yang menggigil, ia meminta isterinya Siti Khadijah R.A menyelimutinya.

Setelah rasa takut baginda hilang, RASULULLAH SAW menceritakan peristiwa yang berlaku di Gua Hira'. Siti Khadijah R.A berusaha untuk menenangkan hatinya dengan berkata, "Wahai suamiku, engkau adalah orang yang benar dalam segala perkara, suka membantu orang yang susah, bersifat jujur dan pemaaf, yakinlah wahai suamiku, Tuhan tidak akan menghinamu buat selama-lamanya."

Lalu Siti Khadijah R.A membawa RASULULLAH SAW ke rumah bapa saudaranya iaitu Waraqah Bin Naufal, seorang pemeluk agama Nasrani dan ahli Injil. Siti Khadijah menceritakan perkara yang telah terjadi keatas RASULULLAH SAW. Maka Waraqah berkata, "Sesungguhnya yang datang padamu iti adalah malaikat JIBRIL A.S, dialah malaikat yang pernah mendatangi Nabi Musa A.S dan nabi-nabi sebelumnya. Aku Berjanji, jika umurku panjang nescaya aku akan ikut serta membantu perjuanganmu." Peristiwa turunya wahyu yang pertama ini terjadi pada 17 Ramadhan.

Isi Kandungan Al-Quran

Untuk keselamatan dan kebahagian umat manusia dari dunia sampai akhirat, Al-Quran telah cukup lengkap dan sempurna memberikan pedoman, bergantung sama ada orang mahu mengamalkan isi yang terkandung di dalamnya atau tidak. Al-Quran mengatur hubungan manusia dengan ALLAH SWT, hubungan manusia dengan manusia dan dengan alampersekitarannya. Al-Quran juga mengatur dalam bidang politik, sosial ekonomi, budaya dan keamanan. Jika disimpulkan, isi Al-Quran mengandungi tiga perkara asas:

- Berkenaan dengan IMAN atau kepercayaan kepada ALLAH SWT (Tauhid)

- Berkenaan dengan hati (akhlak atau tasawwuf)

- Berkenaan dengan anggota badan, termasuk perkara yang berhubung dengan pergaulan hidup (fiqh)

Keutamaan Membaca Al-Quran dan Khasiatnya

Al-Quran adalah kitab suci yang merupakan sumber utama ajaran ISLAM menjadi petunjuk kehidupan umat manusia, diritunkan ALLAH SWT kepada RASULULLAH SAW sebagai salah satu rahmat yang tidak ada bandingannya bagi alam semesta. Di dalam Al-Quran terkumpul wahyu ILAHI yang menjadi petunjuk, pedoman dan pelajaran bagi siapa yang mempercayai sertamengamalkannya. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan ALLAH SWT yang isinya meliputi segala pokok-pokok syariah yang terdapat dalam kitab-kitab suci yang diturunkan sebelumnya. Kerana itu, setiap orang yang mempercayai Al-Quran akan bertambah cinta kepadanya, cinta untuk membacanya, untuk mempelajarinya dan memahaminya serta untuk mengamalkan dan mengajarkannya kepada yang lain sehingga merata rahmatnya dirasai oleh penghuni alam semesta.

Setiap mukmin yakin dan percaya bahawa membaca Al-Quran sudah termasuk amal yang sangat mulia dan akan mendapat pahala yang berlipat ganda, sebab yang dibacanya adalah Kitab Suci. Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi orang mukmin, baik di kala senang mahupun di kala susah, di kala gembira ataupun di kala sedih. Malah membaca Al-Quran itu bukan sahaja menjadi amal ibadah, tetapi juga menjadi ubat dan penawar bagi orang yang gelisah jiwanya.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1431 Hijrah.

Hamba Allah
Berpegang Pada Tali Yang SATU

ALLAH Membuka Pintu Rahmat


Daripada Abu Hurairah R.A katanya bahawa RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:

"Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)."
(Riwayat Muslim)


Menurut huraian ulama rahimahumullah, bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka serta terbelenggunya syaitan-syaitan disepanjang bulan Ramadhan, boleh difahami menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu.

Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat-yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga pada yang menyelamatkannya daripada hasutan syaitan dan daripada azab neraka. Wallahu'alam.


Hamba Allah
Berpegang Pada Tali Yang SATU

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya






Penulis: Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus
Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
Diterbitkan Oleh: Telaga Biru Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Haji Waharp Yusof
Editor Urusan: Haji Muhd Zakaria
Konsultan Syariah: Ustaz Haji Zahazan Mohamed
Editor: Idrus Jamhari
Pruf: Mahfuzah Omar
Jurufoto: Haji Muhd Zakaria & Mahyuddin Zaharudin
Reka Bentuk Kulit: Yosh
Pemasaran: Muhd Yaacob & Telaga Biru Sales Team
Promosi: Sani Jiran
Cetakan Pertama: September 2006


Sinopsis:

Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajian agama ISLAM terutama tentang tentang fardhu 'ain, maka ramai umat ISLAM yang tidak lagi arif tentang selok-belok ibadah puasa. Berpuasa sudah menjadi ikut-ikutan. Kadang-kadang puasa dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan seseorang.

Sedangkan untuk menunaikan tanggungjawab ibadah puasa yang menjadi Rukun Islam ke-3 tentulah mempunyai adab, teknik, rasional dan peraturan yang ditetapkan.

Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang puasa kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan secara senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang puasa!